Monday, August 27, 2012

Kencing Manis @ Diabetes


  
Sumber video : YouTube (Thanks To The Uploader)
 
Diabetes makin kritikal

KUALA LUMPUR: Penyakit diabetes yang berpunca daripada paras gula tinggi dalam darah kini memasuki fasa kritikal apabila tiga juta rakyat berisiko untuk menghidapinya.

Malah, diabetes boleh dianggap antara ‘pembunuh utama’ apabila menyumbang 20 peratus kematian di hospital swasta dan kerajaan dan kini turut dihidapi kanak-kanak seawal usia empat tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, 70,000 orang dikesan menghidap diabetes setiap tahun dan angka ini dipercayai meningkat dua kali ganda setiap 10 tahun.

“Kita melihat ini serius kerana dulu, apabila kita sebut mengenai diabetes, ia merujuk kepada orang dewasa. Namun kini, kanak-kanak juga berisiko dan ia adalah masalah di semua peringkat umur.

“Puncanya kerana kanak-kanak serta remaja kini tidak lagi mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan makan makanan berkhasiat, sebaliknya lebih cenderung duduk di depan komputer sambil makan makanan ringan yang tidak berkhasiat,” katanya selepas Pelancaran Pameran Kesihatan Diabetes Di Kalangan Orang Ramai anjuran Institut Diabetes Negara (Nadi), di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Eksekutif, Institut Diabetes Negara, Prof Emeritus Datuk Mustaffa Embong, Presiden Universiti Kesihatan Antarabangsa Malaysia (IMU), Tan Sri Datuk Dr Abu Bakar Suleiman dan Ketua Bahagian Kesihatan Monash University, Prof Datuk Dr Anuar Md Zain.

Menurut Hasan, walaupun kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan banyak pemeriksaan kesihatan percuma, tahap kesedaran orang ramai masih kurang.


“Ramai tidak mahu mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaan awal,” katanya.

Hasan berkata, orang ramai perlu memandang serius penyakit diabetes kerana ia tiada penawar, sebaliknya sesiapa yang menghidapinya perlu mendapatkan rawatan seumur hidup.


Katanya, komplikasi diabetes tidak boleh dilihat kerana kesannya hanya berlaku selepas tempoh lima hingga tujuh tahun menghidapnya, namun ia boleh dikesan awal.

“Ini yang kita cuba ubah. Kita tidak mahu orang ramai mengharapkan rawatan selepas dikesan menghidap diabetes, sebaliknya kita mahu mereka mencegahnya di peringkat awal.

“Namun, masalah masyarakat hari ini adalah mereka datang selepas mempunyai komplikasi bersangkut dengan penyakit diabetes. Waktu ini, hendak cegah pun sememangnya tidak boleh kerana memang tidak ada ubatnya,” katanya.

Sementara itu, dalam Pelancaran Pameran Kesihatan Diabetes Di Kalangan Orang Ramai itu, Nadi turut melancarkan penjualan Sampul Surat Hari Pertama dan Setem Peringatan edisi terhad Institut Diabetes Negara (Nadi) ‘Melawan Diabetes’ yang boleh dibeli dengan harga RM10 bagi set satu setem dan RM25 bagi set empat setem.

Orang ramai yang berminat mendapatkan rawatan bagi saringan pengesanan diabetes peringkat awal juga boleh melakukannya dengan bayaran serendah RM15 selain mendapatkan produk penjagaan dan rawatan terhadap penyakit diabetes.

Sumber : 
MOHD AZAM SHAH YAACOB dan NURLIZA MOHAMMED FATHI
metahad@hmetro.com.my

Artikel ini disiarkan pada : 27/08/2012
-----------------------------------------------------------------
Rawatilah Diabetes dengan ECPI hari ini.....

Antara Simptom : Kekurangan Tenaga, Rasa Letih Lesu, Kerap Lapar dan Dahaga, Kerap Buang Air Kecil, Penglihatan kabur, Luka lambat sembuh


Cadangan Rawatan :
  • Minum 3 liter Air ECPI selama 3-4 minggu. Sila ambil bacaan sebelum minum dan 1 jam selepas minum Air ECPI.
  • Minum GTH 2.5 ml + Air ECPI 500 ml. Diamalkan 2-3 kali sehari sehingga simptom berkurangan. 
 
 

Cegah Diabetes dengan pengurangan jumlah gula dalam makanan. Insyaallah jika anda berjaya mengawal kadar pengambilan gula maka bermakna anda berjaya mengawal kebanyakan penyakit kronik masakini seperti Diabetes dan Kanser.

  

Majlis Diabetes Malaysia (MADIM)



Sumber Gambar : Facebook ECPI Spacetime
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...