Saturday, August 4, 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Pemprosesan dan Pembotolan Air ECPI, Pulai. 4 Julai 2012.


4 Julai 2012 – Lawatan ke kilang pemprosesan dan pembotolan air ECPI di Pulai, telah memberikan pendedahan yang sangat berharga tentang pengilangan produk air minuman ECPI secara khusus dan industri air minuman berbungkus di Malaysia secara umum.

Lawatan yang diketuai oleh YB. Hj. Abdul Mubin Harun, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian NAHRIM bersama-sama dengan beberapa pegawai dan penyelidik kanan telah disambut mesra oleh En. Jaya Ali, Pengurus Operasi Kilang. Lawatan yang bertujuan untuk mempelajari proses pemprosesan dan pembotolan air ternyata berjaya mencapai matlamat melalui penerangan secara terperinci yang telah disampaikan sendiri oleh En. Jaya di mana lawatan dimulakan dari bilik pemprosesan air sehinggalah ke ruang pembungkusan produk. Di samping melihat cara pemprosesan dan pembotolan air, En. Jaya turut menerangkan secara ringkas proses pemeriksaan kualiti air oleh Jabatan Kimia, proses memperbaharui lesen oleh Kementerian Kesihatan dan proses mendapatkan dan memperbaharui sijil halal untuk produk keluaran kilang tersebut.

Lawatan ini amat penting bagi merealisasikan hasrat NAHRIM untuk mengkomersialkan produk air hujan terawat, dikenali sebagai Tropical Rainforest Cloud Juice yang telah dilancarkan pada 29 Mac 2012 yang lalu. 


Sumber : http://www.nahrim.gov.my/ laman web rasmi Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog

Loading...