Tuesday, September 11, 2012

5 Kebaikan Minum Air Di Waktu Pagi


Kita semua dah tahu tentang kebaikan minum air kosong, tetapi pengulangan maklumat baik untuk peringatan diri kita sendiri, tidak begitu? Jadi untuk ke sekian kalinya....anda digalakkan minum air kosong atau air masak bukan air manis sebab ada banyak kebaikannya pada diri kita.

Antara kebaikan tersebut :
  • Seimbangkan sistem pencernaan, saraf dan kandungan cecair badan supaya badan sihat dan jauh dari penyakit dan fungsi seharian tidak terganggu.
  • Mencantikkan kulit, kulit lebih licin dan berseri akibat ketiadaan toksin dalam badan
  • Mengurangkan berat badan melalui peningkatan metabolisme sebanyak 24% jika diminum pada awal pagi, sekurang-kurangnya 16 aun air sejuk
  • Tingkatkan pengeluaran darah dan otot yang baru
  • Minum air sewaktu perut kosong memudahkan penyerapan zat makanan
  • banyak lagi sebenarnya.....
Kita digalakkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari tetapi sebenarnya ia tidak tepat sebab jumlah sebenar bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda buat. Jika anda seorang buruh yang bekerja di bawah panas matahari, mesti minum lebih daripada 8 gelas. Jika pergi travel kat Jepun pada musim salji tentulah minum air kurang daripada 8 gelaskan? 

Jangan minum air berlebihan pulak sebab dikhuatiri mengganggu aktiviti seharian anda. Mana tidaknya asyik ke tandas jer...kalau menahan diri dari buang air kecil juga tidak baik kepada badan anda. Waktu ini toksin tetap tinggi dalam badan anda. Jadi berpada-padalah kalau minum air.

Ada yang sarankan minum air bercampur secubit garam atau beberapa titis perahan limau/lemon. Fungsi untuk mencerdaskan badan melalui penggantian elektrolit dengan cepat. Kalau tidak, boleh minum 100 Plus atau minuman isotonik yang lain. ECPI Water atau Air Gelombang juga mempunyai elektrolit di dalamnya. Kandungan elektrolit di dalam air-air inilah yang menyebabkan sesiapa yang badannya lemah akibat sakit atau letih, kembali sihat dan cergas...Insyaallah.

Apa itu elektrolit?

Elektrolit ialah ion yang terhasil apabila sesuatu campuran terlarut dalam air akan membentuk elektrolit yang berupaya membawa elektrik. Dalam kimia, ia memerlukan elektrod (katod dan anod) untuk mengalir elektrik melalui sambungan wayar (litar). Dalam biokimia, elektrolit dalam cecair badan berfungsi untuk memekatkan / mencairkan kandungan cecair badan. Kehadiran ion yang tinggi akan memekatkan cecair dan seterusnya mengawal tekanannya seperti dalam darah. Ion-ion dalam elektrolit juga penting dalam menolong lain-lain proses seperti penghadaman yang memerlukan kofaktor dsb. Jadi manusia memerlukan garam dan mineral untuk mengimbangi badan kita. Individu yang muntah dan cirit-birit berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan ion yang berlebihan dan badan akan menjadi lemah. 

Sumber :  Wikipedia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...