Wednesday, October 3, 2012

Formula hebat teh herba

gambar oleh jomdiet.com

SERDANG: Selepas penyelidikan selama enam tahun, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk teh herba yang bersifat antikanser dan berpotensi tinggi untuk membantu mempercepatkan penyembuhan kanser.

Dinamakan DS Factor yang dihasilkan daripada herba, ia didapati berpotensi membantu kesan penyembuhan yang agak singkat iaitu kira-kira tiga bulan jika diamalkan dua kali sehari sepanjang tempoh berkenaan.

Penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Latifah Saiful Yazan berkata, DS Factor dibangunkan berdasarkan dapatan kajian berhubung penggunaannya secara tradisional sebagai produk herba makanan tambahan untuk penghidap kanser.

“Melalui kajian terhadap penggunaan rawatan secara tradisional didapati bahawa produk ini sudah digunakan sebagai amalan rawatan tradisional dan berkesan terhadap lebih 100 orang penghidap kanser sebelum dikaji secara saintifik.

“Disebabkan keberkesanannya, kami merasakan amat penting untuk membuktikan aktiviti merawat kanser secara saintifik dan kajian ini masih dijalankan. Tambahan pula kos untuk produk ini jauh lebih rendah dan murah berbanding rawatan sedia ada,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...