Saturday, October 13, 2012

Perbezaan Air Mineral dan Air Minuman

 

9 Okt – Pasti anda sering tersalah ambil atau tidak dapat membezakan air minuman (air suling) dan air mineral jika mahu membeli air.Perbezaan yang mungkin anda tahu adalah harganya dimana air mineral lebih mahal berbanding air minuman biasa. Namun tidak ramai yang peduli dengan harga.

Namun, setelah anda minum, pasti anda akan mengatakan air yang anda minum rasanya lain, dan ada kalanya jika anda membeli air minuman jenama lain pula akan rasa lain pula.

Tidak tahu mengapa? Ikuti beberapa info singkat yang menarik untuk menghuraikan persoalan perbezaan air minuman dan juga mineral semula jadi.

Air Minuman (Suling)

Rasanya lebih payau dan kelat. Manakala penutupnya akan hadir di dalam warna putih sahaja. Jika anda memilih air minuman putih ini, pastikan anda melihat dahulu tulisannya dan pastikan tidak tertulis "air minuman". 
Kebiasaannya, air minuman dijual dengan harga yang lebih murah. Proses air minuman ini bermula dari air paip air yang disuling. Semasa proses penyulingan, beberapa mineral ditambah. Selepas proses pembersihan air itu pula membuatkan bahan kimia dan mineral yang ditambah telah berkurang. Disebabkan itu, rasanya sedikit berlainan daripada air mineral semula jadi.

Air Mineral semula jadi

Kebanyakkan air mineral yang dijual rasanya lebih menyegarkan. Manakala penutup botolnya akan hadir di dalam warna biru sahaja. Sebelum memilih, pastikan ada tertera tulisan "Air Mineral". 
Kebiasaannya, harga sebotol air mineral lebih mahal berbanding air minuman. Tidak salah rasanya menghabiskan duit untuk membeli air yang lebih bersih dan terjamin kualitinya bukan? Proses air mineral ini bermula dari bawah tanah dan dipam naik ke atas untuk menjalani proses penyulingan. Selepas itu barulah dibotolkan.

Sumber Artikel Perbezaan Air Mineral Dan Minuman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...