Friday, October 5, 2012

Transformasi ECPI 1 Billion 2020

Gesundheit Laboratories and Pharmaceutical Sdn Bhd telah melakukan beberapa transformasi untuk lebih meningkatkan lagi imej produk ECPI dan memperkasakan lagi semua pihak yang terlibat. 

Langkah ini seiring dengan pertambahan usahawan ECPI yang berilmu, pertambahan pengguna produk ECPI kesan dari 'awareness' program yang dibuat dan peningkatan pasaran ECPI ke pasaran luar negara seperti Bangladesh dan Taiwan.

Bagi melaksanakan program Transformasi ECPI ke arah 1 billion pengguna  pada 2020 ini, majlis ilmu tentang penerangan Transformasi ECPI ini dibuat setiap hari Selasa di Gesundheit Laboratories and Pharmaceutical Sdn Bhd di Desa Melawati. Semua dijemput hadir untuk mendengar taklimat berkenaan transformasi ECPI ke arah melahirkan 1000 Usahawan.
 

Beberapa majlis penerangan Transformasi ECPI juga telah dianjurkan di di dalam dan di luar Lembah Kelang seperti di Tumpat dan Panji, Kelantan dan di Dong, Raub Pahang. 

      

      

ECPI juga telah mewujudkan Photo: ‎ECPI WUJUDKAN THINK TANK CENTER UNTUK KEMUDAHAN AHLI2‎ bagi kemudahan ahli-ahlinya menyampaikan idea dan maklumbalas. Perancangan untuk mewujudkan Terapi Center Live Body Nosode (LBN) di luar Gesundheit Laboratories and Pharmaceutical Sdn Bhd juga akan dilaksanakan sedikit masa lagi. Anda boleh mendapat lebih banyak info berkenaan LBN di entri saya di sini.

Beberapa Kursus yang relevan dengan ECPI juga telah ditawarkan dengan kerjasama Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak. 

Antara Kursus yang ditawarkan ialah :

1. Kursus Perubatan Elektronik

 

2. Kursus Penggunaan Mesin LBN

 

Bagi langkah meningkatkan kesedaran pengguna, ECPI telah bekerjasama dengan Giant dan Carrefour dengan melakukan promosi menggunakan Promoter di seluruh cawangan mereka.

ECPI juga telah bekerjasama dengan Majlis Diabetes Malaysia, MADIM untuk membenteras diabetes. Antara rancangan yang dijalankan seperti :

1. Pendaftaran Penyokong Program Perangi Diabetes secara Besar-Besaran.
2. Menziarahi pesakit diabetes
3. Menyalurkan bantuan kepada pesakit diabetes.

 

Maklumat lanjut berkenaan kempen Perangi Diabetes di Facebook MADIM 

Sementara itu, beberapa cawangan baru akan dibuka dalam masa terdekat seperti di Johor, Pahang dan Kelantan. Untuk pasaran luar negara pula, ECPI telah berjaya mendapatkan kelulusan memasarkan ECPI di Bangladesh dan sedang berbincang dengan beberapa usahawan lagi seperti dari Taiwan.

Sumber Maklumat 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...