Friday, November 7, 2014

Homemade Ubat Batuk, Sakit Tekak dan Sesak Nafas



السلام عليكم

Anak lelaki saya yang berumur 7 tahun sering mengalami masalah batuk-batuk di waktu malam terutama pada musim hujan. Saya biasanya memberi ia minum ubat batuk sahaja. Resepi di bawah agak tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya PEDAS.

Resepi :

1 sudu besar Cuka Epal,
Cuka Epal

1 sudu besar Madu,
Madu Khaula

1 sudu kecil halia,
Halia

1 sudu kecil Cayenne
Cayenne

2 sudu besar air
Air Bersih
Caranya cukup mudah.....campur semua sekali harung. Bila dah sebati simpan dalam botol dan diletakkan dalam peti ais. Goncang sebelum minum yer.

In Sha Allah boleh mengurangkan batuk-batuk, sakit tekak dan sesak nafas.

Resepi tambahan :

- Makan makanan mengandungi Vitamin C dan E untuk meningkatkan imunisasi badan. Contoh oren dan badam.
- Elak makanan kumpulan Dairy Products, ia boleh tingkatkan kahak dalam tekak.Stop dulu minum susu  atau makan cheese yer.
- Makan dengan banyak bawang merah dan bawang putih serta celery, Sila makan sup lah senang cerita.
- Perbanyakkan pengambilan makanan dan minuman PANAS sebab boleh cairkan kahak. Maksudnya Kopi O Panas bukan Kopi O Ais.
-Makan spicy food macam kari dan minum teh halia.
- Suhu bilik kena lembab sedikit bukan kering. Pasang 'Air Purifier atau Humidifier.'
- Guna minyak angin yang ada eucalyptus oil @ Vicks pun boleh, sapu di hidung, dada dan belakang. Tepuk-tepuk sedikit dada dan belakang supaya  kahak 'longgar'

Hmmm.....banyak lagi caranya untuk mengatasi batuk sebenarnya. Ada yang do-it-yourself macam resepi di atas dan ada jugak yang lebih mudah tersedia seperti ubat batuk di bawah ini :
Hurix's Sirap Ubat Batuk Untuk Kanak-Kanak (60ML)
Ubat Batuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...