Monday, November 10, 2014

A Vegetable Growing Cheat Sheet

Berikut adalah Panduan Lengkap Penanaman Sayur-Sayuran yang dipersembahkan dalam bentuk Infografik. Ringkas tetapi padat. 

Sebagai seorang amatur dan peminat tanaman sayur-sayuran, ia amat berguna sekali. Oleh kerana kekurangan ruang untuk berkebun, maka saya tidak dapat bergiat aktif dalam penanaman sayur-sayuran. Tanam pokok bunga dah lama aktif dah.
Buat masa ini, saya terpaksa berpuas hati dengan 7 pasu bendi, I pasu terung dan 1 pasu bayam merah. Saya juga ada menanam tanaman yang sentiasa diguna di dapur (kategori sayur dan herba jugaklah kan?) seperti  kunyit, halia, kari, daun ketumbar, daun bawang, leek, kucai, temupauh, temukunci, lada hitam dan daun kaduk. Herba Mat Salleh juga ada seperti rosemary dan oregano. Manakala tanaman yang sentiasa saya buat ulam seperti ginseng jawa, pegaga, selom dan ulam raja.

Ok...kita lihat infografik di bawah ini yer....siap dengan list cara tanam, bila nak tanam, bila nak kutip hasil, companion plant, pest dan sebagainya.

source






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...